Apa itu Joomla?
Joomla! merupakan salah satu Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) yang paling popular pada masa kini, yang dikeluarkan oleh Open Source Matters (OSM). Penggunaan Joomla! kini tidak terhad kepada halaman web peribadi sahaja, malahan ia juga mula digunakan untuk halaman web syarikat-syarikat dan halaman web e-commerce. Berikut merupakan beberapa cara penggunaan Joomla! oleh pengguna-pengguna lain:
* Corporate websites or portals
* Online commerce
* Small business websites
* Non-profit and organizational websites
* Government applications
* Corporate intranets and extranets
* School and college websites
* Personal or family homepages
* Community-based portals
* Magazines and newspapers
* the possibilities are limitless…
Joomla! dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan pangkalan data MySQL. Dikeluarkan dengan lesen GNU/GPL, Joomla! menjadi pilhan utama pembangun halaman web seluruh dunia. Dengan jumlah komponen dan juga modul tambahan yang kini mencecah hampir 10,000 serta ahli komuniti yang kini telah mencecah angka 59,000 orang, Joomla! yang baru berusia 1 tahun pada 1hb September yang lepas boleh dikatakan telah matang dalam industri W3 sekarang.
kena bayar ke?
Tak payah.. free aje, cuma sekiranya anda nak beli template ke, module ke, component ke..sesetengahnya berbayar.. manakala kebanyakkannya free.
Contoh website yang menggunakan joomla?
Banyak... antaranya
www.bilikdarjah.com www.myceramah.com dan banyak lagi. Boleh dikatakan hampir 80% website berbentuk portal menggunakan joomla.
Kat mana nak dapatkan perisian joomla?
Download jerk kat
www.joomla.org
apa beza joomla versi joomla 1.0.X dengan 1.5.x?
Beza dia dari backend (pengurusan admin/sistem di dalam joomla)
Joomla 1.5.X advance sket.. daripada joomla 1.0.X.
Mana satu nak guna?
Adalah dicadangkan pakai yang 1.5.X sebab dia boleh guna dalam bentuk native atau legacy.
Apa itu native, legacy?
native dan legacy tu adalah keadaan sistem tuh. legacy tu dia berfungsi mcm 1.0 so semua modul2 dan komponent guna 1.0 manakala native.. komponen dan modul dia daripada versi 1.5
komponent tu apa?
komponent tu kira mcm software la. contoh dia forum, galeri gambar, galeri video.
Modul plak?
modul pon adalah software. tapi fungsi dia tak kompleks. dia lebih kepada menerima arahan untuk mengeluarkan sesuatu komponent pada satu kedudukan contohnya kiri atau kanan.
Sekian.
Catatan: ini hanya penerangan ringkas sekadar panduan secara tak rasmi. Mengandungi banyak kesalahan tatabahasa, tanda bacaan dan sistem bahasa. Tidak sesuai digunakan untuk hal rasmi seperti assignment OUM dan sebagainya.
Sebarang soalan tambahan mengenai pengenalan sila reply thread ni. Bagi soalan advance atau spesifik, sila buka thread baru.