jufri
Moderator
Posts: 50
|
|
New curriculum next year to upgrade English educat 9 Months, 3 Weeks ago
|
Karma: 2
|
|
KUALA LUMPUR July 17 — The Education Ministry will introduce a new curriculum to improve English education at the primary and secondary level by January next year, Director-General of Education Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said today.
He said the new curriculum would combine various existing teaching methods with additional ones such as music, literature, choral speaking and such. “The ministry will discuss the matter in detail after we have sat down with the non-governmental organisations, teachers’ unions and English language experts so that we can map out the concept paper.
“We estimate that it would take four to five months to complete the new curriculum,” he told reporters after launching a seminar to upgrade the status of the teaching profession, here.
The two-day seminar, organised by the Education Ministry and the National Union of the Teaching Profession (NUTP), is being held for the first time to discuss the new direction of the teaching profession. Alimuddin said the decision to introduce the new curriculum was made following the government’s decision to revert from English to Malay in the teaching of mathematics and science effective 2012.
Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, in making the announcement, had also called for a strategy to upgrade the status of the Malay language while improving the teaching and learning of English. Alimuddin said that though some parents had urged that the policy be retained at the secondary level, the government thought it was best to abolish it once and for all.
He said the ministry was also in the midst of setting up five teacher training institutes in states like Terengganu, Sabah and Sarawak to prepare teachers to teach in the English language.
Local and international experts of the English language would also be invited soon to give their input in shaping the new curriculum, he said.
The Cabinet on July 8 decided that the Malay language, and not English, would be used to teach science and mathematics at national schools from 2012 and the respective vernacular languages to teach these subjects in Chinese and Tamil schools.
|
|
|
|
|
jufri
Moderator
Posts: 50
|
|
Kurikulum baru Bahasa Inggeris 9 Months, 3 Weeks ago
|
Karma: 2
|
|
KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) bagi peringkat rendah serta menengah selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, 'choral speaking' dan sebagainya.
"Pihak kementerian akan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut selepas duduk semeja dengan badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan perguruan serta pakar-pakar dalam bahasa Inggeris bagi merangka kertas konsep (cadangan) untuk diteliti, kita anggarkan empat hingga lima bulan bagi menyiapkan kurikulum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pakar-pakar bahasa Inggeris dari dalam dan luar negara turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulum itu. Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Memartabatkan Profesion Keguruan yang dihadiri guru, kesatuan guru serta NGO dari seluruh negara.
Seminar dua hari anjuran bersama Kementerian Pelajaran dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang julung kali diadakan itu bertujuan membincangkan masalah serta mencari hala tuju baru bagi profesion keguruan.
Alimuddin berkata, keputusan untuk memperkenalkan kurikulum baru itu dibuat berikutan pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengarahkan PPSMI diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Katanya, kementerian juga sedang dalam peringkat menyediakan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) termasuk di Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi menggunakan 100 peratus Bahasa Inggeris dalam pembelajarannya.
"Ini bagi menyediakan bakal-bakal guru berkenaan agar menguasai sepenuhnya bahasa itu sebelum mengajar dan proses penyediaan ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun," katanya lagi
|
|
|
|
Last Edit: 2009/11/15 15:24 By jufri.
|
jufri
Moderator
Posts: 50
|
|
Re: Kurikulum baru Bahasa Inggeris 9 Months, 3 Weeks ago
|
Karma: 2
|
|
Berita NUTP keluaran terbaru:
Cikgu Bahasa Inggeris akan ditempatkan semula! huhuhu
|
|
|
|
|
|