Get the Flash Player to see this player.
Flash Image Rotator Module by Joomlashack.
The Flash Image Rotator module is now 1.5 Ready!
Your CMS just got even better! Upload your images and GO!
NEW transitions and stunning Ken Burns effects for your photos!
This is a FREE module only from Joomlashack!
Image 5 Title


 
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?

pertukaran guru x pilih kasih???
(1 viewing) (1) Guest
Go to bottomPage: 1
TOPIC: pertukaran guru x pilih kasih???
#124
qiera
Freshie
Posts: 1
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
pertukaran guru x pilih kasih??? 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 0



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 9 November 2009 (GURU LAMA MOHON TUKAR DI TOLAK oleh Sampai Bila, Setapak, Kuala Lumpur).

Untuk makluman, kelulusan pertukaran guru sekolah menengah adalah berdasarkan kepada kekosongan opsyen di negeri yang dipohon.

Bagi Negeri Kelantan dan Terengganu keperluan opsyen yang amat kritikal ialah Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Sehingga kini, Negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai lebihan opsyen Bahasa Melayu (BM) yang amat tinggi, begitu juga dengan matapelajaran opsyen Ekonomi, Sejarah, Geografi, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.

Pengeluaran surat arahan pertukaran dikeluarkan supaya ianya hampir selari/sama dengan keputusan melalui e-GTukar. Walau bagaimanapun disebabkan oleh masalah teknikal di BTMK kelulusan melalui e-GTukar hanya dapat di akses pada sebelah petang 6 November 2009.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM tidak pernah mengamalkan tindakan pilih kasih dalam meluluskan pertukaran guru.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
19 NOVEMBER 2009

aku amik kat sini : www.moe.gov.my/?id=168&aid=454

P/S: aku nak tergelak pun ada, nak ketawa guling2 pun ada baca surat org kementerian ni....poyo!!! xder pilih kasih konon....mmg xder pilh kasih cuma ada kabel besar jer...BESARRRRR PUNYAAAAA!!!! kalau x, xkan lah ada kes, baru awal thn ni posting, x confirm pun lagi, signature pun basah lagi tapi dah dapat tukar balik kg, sekolah sebelah umah...wei ni fakta lah....hanya cikgu tahu hal cikgu...ko citer benda ni kat cleaner sekolah pun diorg gelak...hehehhe
 
The administrator has disabled public write access.
#127
pija
Moderator
Posts: 7
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:pertukaran guru x pilih kasih??? 9 Months, 2 Weeks ago Karma: 0
betul la tu... takkan kementerian nak mengiyakan kot!!! tp kesian la kt guru lama tu... rumah dah 5 thn beli umah, nk menyewa lagi.saya yg baru 1 thn byr pun rasa 'sesak'... cuma bab kabel ni, mmg dah jadi kemestian pulak. takde kabel, jgn harap laaa... ada member (pasangan suami isteri) hanya mengajar 6 bln di Sarawak... dua2 dapat balik semenanjung. besaq kot kabel!

he... saya antara mereka yg tak lulus pertukaran. mgkin sbb baru 4 thn kot... ada sapa2 kt sini bleh jadi 'kabel penyambung kabel besar punyaaa'???
 
The administrator has disabled public write access.
#143
Shah
Moderator
Posts: 22
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Re:pertukaran guru x pilih kasih??? 9 Months ago Karma: 2
Saya simpati kpd mereka yang masih belum diterima permohonan pertukaran.. fenomena permintaan tak dilayan bukan setahun dua tetapi sejak zaman P Ramlee jd cikgu Sha'ari lg.. untuk memenuhi permintaan semua guru barangkali mustahil cuma sekiranya ada yg terlepas dgn menggunakan kabel itu mungkin kelebihan masing-masing..

cuma diharap sistem pertukaran akan dipertingkatkan lagi sama ada dari segi ketelusan atau dari segi keupayaan sistem, prioriti dan sebagainya..

Sayugianya, tiada yang kecil ati bila blm lg namanya dipilih.. sama le macam org yg tak disenaraikan ke Mekah walau dh reg lama dah.. maybe seruan blm sampai..

p/s: kalau guna kabel pun tak dpt, try guna wireless..
 
The administrator has disabled public write access.
Go to topPage: 1